Tidak wajar arah pensyarah letak jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memaksa seorang pensyarah kanan meletakkan jawatan sebagai penolong rektor dianggap tindakan yang tidak wajar berlaku.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sekiranya hasrat dan motif pensyarah berkenaan membenarkan lawatan mahasiswa bagi pendedahan baharu ia suatu tindakan yang wajar.

- Advertisement -

“Melainkan pensyarah tersebut bermotifkan politik, saya juga boleh tidak bersetuju membenarkan pelajar melawat pejabat pembangkang,” ujarnya yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan ketika dihubungi hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan alumni Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub dalam surat terbuka memohon penjelasan universiti terbabit berhubung dakwaan itu.

Laporan itu mendakwa ada desas-desus Dr Che Hamdan Mohd Razali diarah menulis surat peletakan jawatan pada 28 Disember 2020, kerana tekanan pihak atasan.
Menurut sumber dalaman UiTM lawatan tersebut diadakan pada 2019 ketika Pakatan Harapan menguasai Kerajaan Persekutuan.

Lawatan terbabit diadakan di sebuah parti politik kompenan kerajaan PH ketika itu.

Bagaimanapun sehingga sekarang universiti terbabit masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya. – HARAKAHDAILY 21/1/2021

- Advertisement -