Cuti Thaipusam: Bukan isu diskriminasi agama

- Advertisement -

ISU CUTI peristiwa hari Thaipusam ini bukanlah isu diskriminasi agama. Ia hanya semata-mata untuk menjaga mudharat nyawa akibat pandemik COVID-19. Asas paling besar ialah kerana PKP dan COVID-19. Maka semua perayaan tidak disambut, termasuk Chinese New Year. Hari Raya Puasa pun belum tentu dapat disambut jika PKP masih dilaksanakan. 

Cuti peristiwa tak diberi kerana memang rakyat sudah ‘bercuti’ apabila kebanyakkan mereka bekerja dari rumah ketika PKP. Ada sebilangan yang bekerja di tempat kerja terutamanya kumpulan frontliners.

Cuti peristiwa adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Jumlah hari untuk cuti peristiwa adalah terhad. Untuk kelulusan satu-satu cuti peristiwa, kena dapat kelulusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri. 

- Advertisement -

Perayaan Thaipusam adalah perayaan agama untuk agama Hindu. Di Kedah, bilangan kaum India hanya berjumlah 6.8 peratus sahaja. Daripada jumlah itu, ada yang beragama Islam, Hindu, Kristian dan lain-lain agama. 

Penganut agama Hindu masih berpeluang untuk merayakan Thaipusam secara terhad di rumah masing-masing mengikut SOP MKN. Upacara sembahyang di kuil juga masih dibenarkan dengan kehadiran terhad kepada 1 atau 3 kapasiti sesebuah kuil. 

Ada pihak yang menyerang Kerajaan Negeri Kedah menyatakan kononnya Kedah diskriminasi kepada agama Hindu. Sedangkan asas tindakan ini hanyalah kerana PKP dan COVID-19 sahaja.

Soalnya, kenapa pihak itu tidak serang Kerajaan Negeri Pahang, Perlis, Kelantan, Terengganu, Melaka, Sabah dan Sarawak? Semua negeri ini juga tidak bercuti sempena Thaipusam. Di negeri-negeri itu juga ada sebilangan penganut agama Hindu yang sambut perayaan Thaipusam. 

Soalan kedua. Sejak puluhan tahun BN jadi kerajaan sebelum ini di Kedah, tiada cuti peristiwa diberikan untuk Thaipusam di Kedah. Kenapa ketika itu tak serang BN? Jawab dulu dua soalan ini. Sekian. 

AFNAN HAMIMI
Wisma Darul Aman – HARAKAHDAILY 21/1/2021

- Advertisement -