20 nasihat indah Almarhum Sheikh Ali Jaber

- Advertisement -

ALMARHUM Syekh Ali Jaber, semasa hidupnya dikenal sangat dekat dengan Al-Quran. Beliau menguasai ilmu Al-Quran. Bahkan, sejak berusia 10 tahun beliau sudah hafal Al-Quran.

Beliau pun dikenal ramah, murah senyum, dan sangat menghormati para hafiz, termasuk para hafiz cilik.

Semasa hidup, Syekh Ali Jaber juga dikenal sebagai dai yang menyejukkan hati. Tausiah-tausiah beliau santun sekali gus mententeramkan.

- Advertisement -

Berikut 20 nasihat indah beliau selama berdakwah. Nasihat ini dikutip dari akaun Instagram @syekh.alijaber dan beberapa sumber lainnya.

  1. Bahagia itu ibarat kupu-kupu. Jika kamu mengejarnya, ia lari daripadamu, tapi jika kamu duduk dengan tenang, ia akan turun ke tanganmu. Maka bersabarlah kerana sabar itu indah.
  2. Hidup tidak akan berhenti. Allah senantiasa mengiringnya dengan kelembutan dan rencana-Nya dengan harapan baru dan tekad yang tidak pernah hilang.
  3. Saat kamu sakit gigi, ingatlah Rasulullah SAW yang giginya patah kerana perang. Saat kamu difitnah, ingatlah Rasulullah SAW difitnah penyihir dan gila.
  4. Jangan memberitahu sesiapa pun tentang maksiatmu kerana dua sebab. Pertama, kerana maksiat bukan untuk dibanggakan. Kedua, kerana manusia takkan melupakan keburukanmu walaupun kamu telah bertaubat.
  5. Bila yang ditimpa musibah itu orang yang kita cinta, maka kita akan katakan itu penghapus dosa. Bila yang ditimpa musibah itu orang yang kita benci maka kita akan mengatakan itu hukuman dari Allah. Berhati-hatilah jangan menghukumi takdir Allah dengan hawa nafsu kita.
  6. Jika seseorang hamba tahu bagaimana Allah mengatur seluruh hidupnya, maka dia akan menyedari bahawa Allah mencintainya lebih daripada cinta kedua orang tuanya sehingga hatinya akan condong mencintai Allah.
  7. Kaca yang pecah, suaranya akan hilang dan meninggalkan serpihan yang akan melukai siapa yang menyentuhnya. Begitu juga perkataan yang melukai hati, suaranya akan cepat hilang tapi lukanya akan kekal untuk waktu yang lama. Kerana itu, janganlah berkata sesuatu kecuali yang baik-baik saja.
  8. Jika kamu merasa sangat nyaman, aman dan tanpa rasa takut di kediamanmu, apa lagi yang kamu harapkan selain itu? Puji dan syukur kepada Allah atas kebahagiaan yang kamu miliki dan akuilah nikmat itu dengan pengakuan yang tulus.
  9. Saya sering bilang, jangan pandangi wanita yang belum berhijab. Jangan pandangi dia dengan penilaian buruk. Barangkali dia punya dua rakaat Tahajjud di sisi Allah, sehingga segala dosanya terampuni. Kita tak tahu hati dan urusan manusia dengan Allah, masing-masing punya rahsia dengan Allah.
  10. Hati akan mati tanpa Al-Quran. Hati akan keras jika tidak diubati dengan Al-Quran. Hati juga tidak akan bahagia kecuali dengan Al-Quran. Maka jadikanlah Al-Quran sahabat yang selalu menemanimu. Sungguh Al-Quran akan memberi petunjuk ke jalan yang lurus.
  11. Setiap kebaikan yang kamu kerjakan, engkau akan dapatkan perlindungan Allah dan jalan keluar dari kesulitan. Mungkin kebaikanmu dilupakan orang lain, akan tetapi Allah tidak akan lupa!
  12. Jika engkau merasa tidak hidup bahagia, maka ketahuilah, engkau tidak mengerjakan solat dengan baik.
  13. Tiga hal yang harus selalu ada dalam memorimu, (i) tak ada yang selamat dari kematian, (ii) tak ada ketenteraman di dunia, (iii) tak seorang pun aman dari perkataan manusia.
  14. Hidup kita susah tidak punya wang untuk mencukupi kebutuhan sehari-hari? Sedangkan Rasulullah SAW berbulan-bulan hanya makan kurma di rumahnya tidak ada sesuatu untuk dimasak.
  15. Kamu lelah beribadah kepada Allah? Bayangkan Rasulullah SAW solat sampai tumitnya itu melepuh retak kerana lama berdiri.
  16. Sungguh indah jika anda memberi dan tahu bahawa yang akan membalas pemberian anda bukanlah manusia tetapi Pencipta manusia.
  17. Jika kamu tidak bisa menjadikan orang lain lebih baik akhlaknya sepertimu. Maka, jagalah akhlakmu jangan biarkan dia mempengaruhi akhlakmu.
  18. Aku tidak punya waktu membenci orang-orang yang membenciku kerana aku sangat sibuk mencintai orang-orang yang menyayangiku.
  19. Hikmah kehidupan. Tidak ada kebahagiaan yang sempurna. Tidak ada kesengsaraan yang abadi. Maka terus berusahalah, hiduplah dengan tenang.
  20. Ubahlah duniamu dengan senyuman. Jangan biarkan dunia yang mengubah senyumanmu. (Dipetik daripada laman web Islam Pos)
- Advertisement -