Tidak kompromi pegawai terbabit sindiket daging

- Advertisement -

TUMPAT: Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dengan sindiket daging yang heboh diperkatakan sebelum ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, sama ada ia melibatkan pegawai atau individu tindakan tegas tetap akan diambil terhadap mereka yang terlibat.

- Advertisement -

“Saya bukan nak komen salah atau tidak terhadap pegawai berkenaan, tetapi pihak yang bertanggungjawab (penguatkuasa) melakukan tanggungjawab mereka,” ujarnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan tiga penolong pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor Bahru direman lima hari berhubung siasatan terhadap isu sindiket daging.

Menurutnya kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut.

Sebelum itu beliau ditemui ketika lawatan menemui peladang di Dun Pasir Pekan.

Pada tahun lepas heboh dikatakan ada sindiket mengimport daging dari luar negara yang mempamerkan logo halal palsu Jakim. – HARAKAHDAILY 20/1/2021

- Advertisement -