Negara kehilangan tokoh perundangan

- Advertisement -

KERAJAAN menganggap pemergian ke rahmatullah Allahyarham Tun Mohamed Salleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara hari ini sebagai suatu kehilangan besar buat negara, khususnya dalam bidang perundangan dan kehakiman.

Allahyarham meninggalkan suatu legasi cemerlang yang akan kekal dalam lipatan sejarah bidang perundangan negara.

- Advertisement -

Jasa Allahyarham sangat besar kepada negara dengan menjawat pelbagai jawatan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan bermula dari tahun 1957 sebagai seorang Majistret di Kota Bharu, Kelantan.

Allahyarham kemudiannya menjawat jawatan-jawatan sebagai Timbalan Pendakwa Raya, Penasihat Undang-Undang Negeri, Peguamcara Negara, Hakim Mahkamah Persekutuan dan akhirnya Ketua Hakim Negara pada tahun 1984.

Allahyarham juga terus aktif sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara termasuk sebagai Konsultan sehingga ke akhir hayatnya.

Kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Didoakan roh Allahyarham dirahmati Allah dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-Undang)
16 Januari 2021 – HARAKAHDAILY 16/1/2021

- Advertisement -