Tekanan mahasiswa perlukan sentuhan dan perhatian

- Advertisement -

PENGISYTIHARAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP) telah pun dikuatkuasakan bermula semalam setelah diumumkan oleh pihak kerajaan pada hari Isnin yang lalu. Umum mengetahui bahawa pelaksanaan PKP/PKPB/PKPP ini memberikan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuklah golongan mahasiswa.

Mahasiswa pada hari ini perlu meneruskan pembelajaran secara atas talian. Pelbagai luahan dan rungutan daripada mahasiswa mengenai kaedah pembelajaran ini. Ada yang tertekan kerana hilang semangat akibat belajar bersendirian di rumah. Ada yang kerap menghadapi masalah internet setiap kali ingin memasuki kelas dan melakukan tugasan ilmiah.

Lebih membimbangkan SIGMA pada hari ini ialah perkhabaran yang memilukan dari media mendapati bahawa terdapat pelajar yang mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat terlalu tertekan dengan pelbagai rintangan dan masalah yang dihadapi. 

- Advertisement -

Justeru, SIGMA ingin mengajak seluruh mahasiswa dan mahasiswi agar terus mengekalkan hubungan sesama teman dan ahli keluarga sama ada dekat mahupun jauh. Kerapkan bertanya khabar dan saling menghulurkan bantuan pada kadar kemampuan masing-masing. Perkara yang paling penting, terus tingkatkan hubungan dengan Allah bagi Muslim.

Sekiranya terdapat aduan yang hendak dibuat berkenaan dengan krisis dan kebajikan masyarakat, boleh berhubung terus kepada Kementerian Pembangunan Wanita Dan Kemasyarakatan, melalui Whatsapp pada Talian Kasih 019 26 15999 atau melalui panggilan pada talian 15999.

Semoga kita bersama dapat menangani kemelut ini dengan baik hingga Allah izinkan wabak ini diangkat suatu masa nanti insya-Allah

“Menerajui Siswi Sejahtera “

15 Januari 2021 | 2 Jamadil Akhir 1442

NUR AMIRAH MOHD YAHYA
Pengerusi Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 2021 – HARAKAHDAILY 15/1/2021

- Advertisement -