Perlu ingat, YDPA tiada kepentingan politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan proklamasi darurat adalah mengikut lunas-lunas undang Perlembagaan Persekutuan.

- Advertisement -

Bahkah, Al-Sultan Abdullah bukanlah individu yang mempunyai kepentingan politik dan keputusan tersebut bahkan dibuat secara rundingan bersama Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Polis Negara, serta Pengerusi Pilihan Raya.

“Perlu diingatkan bahawasanya YDPA tidak mempunyai kepentingan politik dan YDPA membuat keputusan itu berdasarkan kepada hemat Baginda.

“Hal ini kerana Baginda merupakan orang yang berpegang teguh dengan Perlembagaan dan tindakan yang dilakukan oleh YDPA juga menepati dengan perundangan negara yang membenarkan Baginda melakukan sedemikian rupa.

“Baginda melihat bahawasanya pengisytiharan darurat itu perlu dikenakan di negara kita ini bagi membendung COVID-19 yang sedang menular dan dijangka meningkat kepada 8,000 kes harian sehingga Mac ini sekiranya kerajaan tidak bertindak.

Tambah Ustaz Idris, tindakan Yang di-Pertuan Agong itu juga tidak dilakukan secara tergopoh-gapah dan semborono. Bahkan langkah tersebut tidak berbaur sentimen politik atau berat kepada mana-mana pihak selain rakyat.

Baginda malah tidak mengabaikan pandangan serta pendapat daripada individu-individu yang terdiri daripada pelbagai profesion.

Tindakan Yang di-Pertuan Agong itu sekali gus, secara tidak langsung dapat membantu kerajaan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemulihan COVID-19, ujarnya.

“Sekarang ini kerajaan boleh menggunakan peruntukan khas untuk pemulihan COVID-19 demi memastikan kesihatan awam dan juga ekonomi negara itu dapat dipulihkan.

“Maka tidak timbul lagi soal ada numbers atau tidak, rakyat juga mual mendengarnya terutama dalam keadaan rakyat bergelumang banjir pada hari ini.

Mengulas lanjut, kata Ustaz Idris, kejujuran dan rasional pembangkang juga harus dipersoalkan.

Tambahan pula, sikap mereka ketika bahas Belanjawan 2021 amat mengecewakan apabila hampir setiap kali undian untuk bajet kementerian perlu dilakukan secara undian belah bahagi.

“Maka, dengan perisytiharan ini secara tidak langsung dapat memberikan ketenangan politik dan kerajaan dapat memberikan tumpuan khusus kepada soal kesihatan awam dan juga kepada ekonomi negara,” ujarnya ketika dihubungi HarakahDaily, hari ini. – HARAKAHDAILY 15/1/2021

- Advertisement -