Sekampit beras dihulurkan semanis senyuman dihadiahkan

- Advertisement -

KUALA NERUS: Prihatin dan cakna kepada rakyat semestinya jiwa yang sentiasa ada pada wakil rakyat.

Tanggungjawab dalam memastikan kebajikan menjadi keutamaan menjadi resam setiap kali berdepan dengan musibah.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang telah diberi kepercayaan rakyat Kuala Nerus komited menjalankan agenda kebajikan dengan mengambil kira keperluan masyarakat setempat.

Petang tadi, selepas solat Asar beliau bersama pasukan Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus serta Pengarah Majlis Tindakan DUN, Ustaz Zakaria Dagang dan Penyelia Dun Seberang Takir, Haji Fadhil Abdul Wahab menyampaikan sumbangan banjir kepada rakyat sekitar Taman Murni Permai, Tok Jembal, 14 Januari.

Ternyata sumbangan sekampit beras mampu mengukir senyuman daripada mereka yang memerlukan.

Sekitar 62 buah rumah terlibat dengan ujian banjir sekaligus mengalami kerugian harta benda serta keperluan seharian.

Beliau dimaklumkan sekitar 228 buah keluarga yang terlibat dengan ujian banjir dalam Parlimen Kuala Nerus.

Dalam masa sama, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus hingga kini membuka kaunter agihan beras pada hari Isnin dan Rabu setiap minggu buat rakyat setempat.

Setiap musibah dan ujian menyatukan tanda kebersamaan pasti saat itulah tercipta kemanisan. – HARAKAHDAILY 14/1/2021

- Advertisement -