Sumbangan tanda solidariti kebersamaan

- Advertisement -

KEMAMAN: Musibah dan ujian yang dihadapi rakyat tatkala kediaman serta tempat tinggal dinaiki air tidak semua mampu hadapinya .

- Advertisement -

Itulah hakikat yang dilalui oleh penduduk Kemaman semenjak beberapa minggu lalu.

Atas nama kebersamaan, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali telah menyalurkan sumbangan beras kepada mangsa-mangsa banjir.

Usaha ini membuktikan bahawa, dalam isu kebajikan ia merentasi sempadan fahaman politik, kepentingan tertentu dan seumpamanya bahkan paling utama adalah membantu golongan memerlukan selagi mampu.

Lawatan kerja Dr Khairuddin ke Kemaman telah menghantar bantuan beras sebanyak 1,000 pek untuk diagihkan kepada mangsa banjir

Dimaklumkan sekitar 11,000 orang terkesan dengan banjir pada kali ini, ujar beliau.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu turut memaklumkan sebanyak 400 buah dapur masak akan diberikan khas buat pengusaha sawit yang terjejas di Kemaman.

Jelasnya, banyak bekalan sumbangan daripada pelbagai pihak telah diterima membuktikan solidariti membantu mereka yang memerlukan .

Beliau turut mengagihkan bekalan sumbangan kepada penduduk sekitar Mak Chili Paya, Air Putih , Kemaman . – HARAKAHDAILY 13/1/2021

- Advertisement -