Khidmat Malaysia patuhi arahan ditetapkan MKN

- Advertisement -

KHIDMAT Malaysia Pusat mengambil maklum mengenai keputusan kerajaan untuk melaksanakan PKP dan PKPB bermula 13 Januari sehingga 25 Januari 2021. Sebagai badan yang terlibat secara langsung menguruskan bencana banjir yang sedang berlaku sehingga kini, maka Khidmat Malaysia akur dengan PKP yang telah ditetapkan.

Dengan PKP yang telah ditetapkan, KM Pusat mengarahkan kepada seluruh anggota KM supaya mematuhi dan mengikut arahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu;

(i) Perlu dapatkan surat kebenaran polis.
(ii) Apabila tiba di destinasi, perlu lapor diri di PKOB.
(iii) Sebaiknya lakukan swab test, persediaan jika diminta oleh PKOB.

Semua bantuan-bantuan yang ingin disalurkan ke negeri hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) KM Pusat untuk diselaraskan mana-mana bantuan yang ingin diserahkan tanpa menghantar bantuan tenaga kerja untuk proses pembersihan sebagai langkah untuk mengelakkan daripada berlakunya aktiviti merentas negeri. 

- Advertisement -

Khidmat Malaysia Pusat akan terus mengadakan perbincangan dengan pihak kerajaan dan menunggu apa jua arahan yang terkini daripada pihak kerajaan sekiranya dilonggarkan pergerakan sukarelawan ke mana-mana kawasan banjir.

BGIB akan terus beroperasi untuk memantau perkembangan bencana banjir di seluruh negara dan akan terus berusaha untuk menyalurkan maklumat dan bantuan mengikut SOP yang ditetapkan.

Khidmat Malaysia Pusat ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua anggota Khidmat Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat Malaysia, NGO-NGO serta ahli-ahli PAS di semua peringkat juga para sukarelawan yang telah turut sama membantu menguruskan bencana yang telah berlaku sebelum terutama yang berlaku di Negeri Johor dan juga di negeri di Negeri Pahang.

Sekian, wassalam.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia – HARAKAHDAILY 13/1/2021

- Advertisement -