Darurat demi kesihatan, keselamatan rakyat

- Advertisement -

ALOR SETAR: Seumpama rumah sudah siap pahat masih berbunyi. Inilah yang berlaku sekarang selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan darurat kesihatan ekoran penularan wabak COVID-19 sekarang.

- Advertisement -

Sedangkan sebelum ini mereka mempersoalkan kerajaan tidak bertindak tegas bagi membendung penularan pandemik tersebut.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Ahmad Yahaya berkata, selepas tindakan lebih tegas diambil kerajaan, tiba-tiba terdapat pihak yang cuba mempertikaikan pelaksanaan darurat kesihatan.

Katanya, tindakan pihak terbabit seolah-olah tidak menghormati Perlembagaan dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan pelaksanaan perintah tersebut.

“Pengisytiharan darurat kesihatan oleh Yang di-Pertuan Agong dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek terutamanya kesihatan dan keselamatan rakyat.

“Langkah itu adalah wajar dan tepat pada masanya ketika wabak seperti sukar dikawal sekarang.

“Ketika ini, tiada yang lebih penting selain nyawa dan kesihatan rakyat. Bagi pembangkang sudah menjadi adat mereka mengkritik apa sahaja yang dilakukan kerajaan tanpa mengira masa dan tempat,” katanya di sini.

Pembangkang dan pihak tertentu menyifatkan pelaksanaan darurat kesihatan bermesej politik bagi memastikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus berkuasa.

Ahmad berkata, beliau kesal dengan sikap pihak tertentu seolah-olah tidak prihatin dengan situasi negara yang berlaku sekarang. – HARAKAHDAILY 13/1/2021

- Advertisement -