Ustaz Taufik ejen terbaik eHarakah

Ustaz Mohd Taufik (Kiri) menerima replika cek sebanyak RM500 apabila dinobatkan sebagai ejen terbaik eHarakah yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Harakah, Kamaruzaman Mohamad, hari ini.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hasil daripada kesungguhan dan sikap tidak putus asa membolehkan Ustaz Mohd Taufik Mohamed Yusof dinobatkan sebagai ejen terbaik eHarakah apabila berjaya membuat 30 jualan ke atas dari bulan November hingga Disember 2020.

Susulan daripada itu, beliau merupakan ejen eHarakah dari Gombak, Selangor telah berjaya memenangi insentif sebanyak RM500 daripada pihak Harakah sebagai galakan dan dorongan kepada ejen untuk terus meningkatkan jualan.

- Advertisement -

Pada bulan tersebut, Mohd taufik telah berjaya membuat jualan keseluruhan sebanyak RM2,044.00 dengan 31 jualan.

“Alhamdulillah. Saya sendiri tidak pernah meletakkan sasaran untuk membuat jualan sebanyak ini. Namun, ini adalah rezeki.

“Niat saya adalah untuk membantu jemaah (PAS) apabila diberi amanah oleh Ketua Penerangan PAS Gombak untuk menjadi ejen eHarakah. Jadi saya buat apa yang termampu,” katanya kepada Harakah selepas dinobatkan sebagai ‘Top Ejen‘.

Menurutnya, dalam setiap apa yang hendak dilakukan kesungguhan dan galakan mesti ada agar kejayaan boleh dicapai.

Terdahulu, Harakah telah menawarkan insentif kepada ejen eHarakah bagi Bulan November hingga Disember 2020 dengan setiap ejen yang dapat membuat 30 jualan ke atas akan mendapat insentif RM100.

Insentif ini akan diberi kepada seberapa ramai ejen yang dapat capai jualan 30 ke atas.

Bagi ejen yang dapat jualan tertinggi pada bulan tersebut akan mendapat insentif sebanyak RM500 terhad kepada seorang ejen dengan syarat nilai keseluruhan jualan melebihi RM1,500 dan telah capai sasaran 30 jualan ke atas. – HARAKAHDAILY 12/1/2021

- Advertisement -