Juara Agrotek rancangan realiti tv pertanian, penternakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memperkenalkan rancangan realiti TV pertanian dan penternakan iaitu Juara Agrotek yang bakal disiarkan bermula pertengahan tahun ini.

Rancangan dengan kerjasama PTV Media Sdn Bhd tersebut sebagai usaha baharu kementerian mempromosi sektor pertanian kepada anak muda di mana bakal bersiaran di TV1 sebanyak 13 episod.

Timbalan MAFI, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, melalui rancangan itu dijangka dapat mempromosi dan menarik minat belia serta mengubah persepsi yang dianggap 3D iaitu kotor, berbahaya dan sukar.

- Advertisement -

“Ini salah satu program sahaja, kita tidak mengharapkan hanya dengan program ini boleh terus menarik, tapi dia boleh menarik apabila anak-anak muda yang mungkin selama ini tak pernah nak ambil tahu pun pasal pertanian.

Pengarah dan penerbit PTV Media Sdn Bhd, Lili Salhani Ismail pula berkata, media itu melihat kepentingan sektor pertanian ketika COVID-19 yang cuba ditonjolkan menerusi rancangan tersebut untuk menarik perhatian awam.

“Tapi bila dia tengok Bell Ngasri tadi, dia mungkin rasa tertarik nak tengok apa ini Bell Ngasri ini biasa berlakon saja, ini cerita pasal pertanian dan sebagainya. Jadi ini adalah merupakan satu gelombang yang kita cuba cetuskan in sya Allah,” jelaskannya pada Majlis Pelancaran Rancangan Juara Agrotek di Ibu Negara, semalam.

“Saya nak bantu juga para-para belia-belia di luar sana dengan keadaan semasa isu semasa kita yang banyak yang dibuang kerja. Jadi dengan adanya rancangan realiti ini, dapat memberi info dan maklumat dari segi konteks tanaman, dari segi konteks ternakan, untuk mereka menceburi dalam bidang sektor ini,” katanya.

Menurut seorang peserta, Khairul Faeiz Ahmad Sani, beliau mahu membuktikan bahawasanya pertanian di negara ini boleh pergi jauh di mana majoriti yang menceburi bidang keusahawanan ini tidak ramai berpendidikan pertanian.

Manakala seorang lagi peserta, Nur Izzah Ayuni Othman bertekad mengembangkan industri ternakan setelah pula isu berkaitan menyebabkan ramai orang keliru mengenai halal haram produk ternakan.

“Sebagai pelajar haiwan, saya rasa saya cuba bawa benda itu untuk yakinkan rakyat Malaysia, kita boleh keluarkan daging tempatan kita sendiri. Dan, apa masalah yang saya tahu adalah dari segi koslah yang buat kita tak boleh lawan daging import,” ujarnya.

Rancangan berdurasi setengah jam bagi setiap episod bakal menyaksikan 12 peserta berusia antara 20 hingga 40 tahun bersaing merebut gelaran juara yang membawa pulang wang tunai RM10,000. – HARAKAHDAILY 8/1/2021

- Advertisement -