MOT bertukar pandangan isu pengangkutan dengan Britain

- Advertisement -

BERBESAR hati menerima Kunjungan Hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Charles Hay yang hadir bersama Pengarah Perdagangan dan Pelaburan di bawah Jabatan Perdagangan Antarabangsa Suruhanjaya Tinggi, Deborah Clarke.

Kami bertukar pandangan mengenai beberapa isu antaranya, industri penerbangan dan juga pembangunan kereta api di Malaysia. TYT Hay menyatakan komitmen Suruhanjaya Tinggi untuk mendukung dan bekerjasama dengan agensi MOT ke arah peningkatan serta pertumbuhan di sektor-sektor ini, terutamanya dalam usaha pemulihan dari wabak COVID-19. MOT diamanahkan untuk membantu urusan berkaitan logistik dan pembekalan vaksin ke Malaysia dan UK bersedia untuk berkongsi pengetahuan serta pengalaman mereka dalam menguruskan pemberian vaksin kepada sejuta rakyatnya setakat ini.

- Advertisement -

Saya memberi jaminan bahawa sejurus menerima vaksin tidak lama lagi, kita juga akan segera menambahbaik SOP bagi membolehkan setiap penumpang bagi perjalanan udara diperiksa sama ada mereka telah diberikan vaksin sebelum menaiki pesawat penerbangan atau sebaliknya.

Dalam masa sama, saya juga membangkitkan kebimbangan Malaysia mengenai pembatalan laluan bagi perjalanan London-KL bermula Mac 2021 berikutan program penstrukturan semula syarikat penerbangan utama UK sebagai tindak balas terhadap wabak COVID-19. Kami mendesak syarikat penerbangan tersebut supaya mempertimbangkan semula keputusan ini kerana sektor London-KL adalah salah satu laluan paling penting di Malaysia. 

Malah, BA menjadi syarikat penerbangan ke UK kedua paling disukai selepas Malaysia Airlines. Laluan ini juga merupakan antara yang terbaik memandangkan kerjasama kita yang sudah lama terjalin dalam perdagangan, pendidikan dan pelaburan. TYT Hay mengatakan bahawa beliau akan mengangkat isu ini kepada pihak yang berkaitan untuk dipertimbangkan. Pihak berkuasa penerbangan awam kita – CAA dan CAAM juga akan terus menjalin kerjasama erat ke arah latihan dan perkongsian pengetahuan dalam sektor penerbangan.

Saya juga menjemput pakar-pakar dalam perkhidmatan perundingan kereta api dan pengangkutan darat yang berpengalaman di UK untuk mengambil bahagian dalam pembangunan infrastruktur pengangkutan Malaysia ketika kita memulakan Rancangan Malaysia ke-12 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 1 April nanti. Ini akan membawa kebaikan bagi seluruh sektor pengangkutan untuk memanfaatkan pengalaman luas para pakar di UK dan kami berdua bersetuju bahawa hubungan UK-Malaysia di bidang ini dapat terus berkembang sebagai sebahagian daripada rancangan pemulihan COVID-19.

Akhir sekali, saya meminta agar UK mempertimbangkan untuk memberi layanan timbal balik kepada warganegara kita di sana untuk menukar lesen memandu mereka sama seperti apa yang telah kita benarkan kepada warganegara mereka yang tinggal di Malaysia. TYT Hay menyatakan bahawa beliau akan meneliti perkara tersebut.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia

Delighted to receive His Excellency Charles Hay, British High Commissioner to Malaysia during his courtesy call to MOT today, together with Ms Deborah Clarke, Director of Trade and Investment under the High Commission’s Department for International Trade. 

We exchanged our views on several issues concerning aviation and rail development in Malaysia, while H.E. Hay expressed the High Commission’s commitment to support and cooperate with MOT’s agencies towards improvements and growth in these sectors, particularly in recovering from the COVID-19 pandemic. We are heartened to know that the UK is prepared to share the country’s knowledge and experience it has had from rolling out the vaccine to a million of its citizens so far, as MOT is assigned to oversee the logistics and supply chain solution for distribution in Malaysia. 

I gave my assurance that we will also be developing the proper SOPs soon to enable the airports to check whether airline passengers have been vaccinated before boarding flights following Malaysia’s rollout of the vaccine soon. 

I also raised our concerns on British Airways’s impending cancellation of its London-KL routes from March 2021 following the UK flagship carrier’s restructuring programme in response to the COVID-19 pandemic. We urged for the carrier to reconsider this decision as the London-KL sector is one of Malaysia’s most important routes with BA being the second most preferred carrier to the UK after Malaysia Airlines. The route is also among its best performing routes given our long-established mutual cooperation on trade, education and investment. H.E. Hay said he would relay these concerns to his side for consideration. Our civil aviation authorities – CAA and CAAM – will also continue to deepen their cooperation toward training and sharing of knowledge in the aviation sector. 

I also invited the UK’s experienced rail and land transport experts and consultancy services to take part in Malaysia’s transport infrastructure development as we embark on a new chapter with the 12th Malaysia Plan to be tabled in Parliament on 1 April. It will be a boon to the whole transport sector to tap on the long experience from experts in the UK and we both agreed that the UK-Malaysia relationship in this area can continue to flourish as part of the COVID-19 recovery plan. 

Lastly, I requested that the UK should consider giving reciprocal treatment for our citizens there to convert their driver’s licenses equal to what we have allowed to their citizens living in Malaysia and H.E. Hay will look into the matter.

DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Minister Of Transport – HARAKAHDAILY 7/1/2021

- Advertisement -