PAS tetap bantah aktiviti perjudian

Ustaz Nurul Amin Hamid
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan digesa supaya tidak meningkatkan pendapatan negara dengan menambah kekerapan cabutan khas judi nombor ramalan kepada 22 kali setahun bermula 2021.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid berkata, judi dan arak ternyata tidak membawa keberkatan dan kebaikan kepada negara sebaliknya boleh mengundang pelbagai malapetaka.

- Advertisement -

“PAS membantah judi dan arak sejak awal lagi, bukan sekadar bola tanggung atau kelebihan politik sahaja seperti sesetengah pihak,” ujar beliau di sini.

Sebelum ini, ada pihak mendakwa kerajaan meningkatkan kekerapan cabutan khas judi nombor ramalan 4 digit kepada 22 kali setahun.

Sedangkan sebelum ini kekerapan cabutan khas nombor ramalan itu dikurangkan kepada 11 kali setahun.

Oleh itu, Nurul Amin mengajak semua pihak termasuk NGO dan parti politik mengekalkan momentum membantah penambahan cabutan khas nombor ramalan tahun ini seperti didakwa pihak tertentu.

Malah sebelum ini Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad mencadangkan kerajaan pusat mencontohi kerajaan Kelantan apabila mengharam sepenuhnya premis perjudian sejak 30 tahun lepas.- HARAKAHDAILY 5/1/2021

Laporan lanjut menyusul…

- Advertisement -