Kelantan pertahan lebihan perbelanjaan tahun ke-4

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan mengekalkan prestasi cemerlang apabila mencatat surplus (lebihan) perbelanjaan sebanyak RM45.44 juta bagi tahun 2020.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pencapaian lebihan perbelanjaan berbanding anggaran belanjawan itu merekod empat tahun berturut-turut sejak 2017.

- Advertisement -

Katanya, tahun lepas hasil yang dipungut sebanyak RM746.99 juta, manakala perbelanjaan pula RM701.55 juta.

“Perbandingan bagi tahun 2019 hampir sama dengan 2020 jika ditolak dengan pemberian khas Perdana Menteri sebanyak RM400 juta yang diterima pada akhir 2019.

“Prestasi kewangan kerajaan negeri berada di landasan yang betul. Kelantan mencapai lebihan perbelanjaan empat tahun berturut turut,” katanya ketika menyampailan Amanat Khas Tahun Baru kepada penjawat awam negeri hari ini.

Majlis berkenaan diadakan di Dewan Jamuan Utama Kota Darulnaim di sini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Abdullah Ya’kob, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Dato’ Nazran Mohammad, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan.

Pada sidang media selepas itu beliau berkata perbelanjaan berhemah yang diamalkan sejak dahhulu menyebabkan Kelantan berjaya mencapai surplus empat tahun berturut turut. – HARAKAHDAILY 5/1/2021

- Advertisement -