Kekeliruan mengenai vaksin COVID-19 direka-reka

- Advertisement -

MASIH terdapat lagi segelintir pihak yang cuba memperburukkan vaksin dengan mengatakan bahawa selepas cucuk vaksin COVID-19, akan berlaku Bell’s Palsy (Serangan saraf muka sehingga muka menjadi herot).

Apabila isu ini diulas oleh orang yang menentang pemberian vaksin, mereka akan mengulas ke arah yang lebih negatif di mana ulasan mereka akan ditokok-tambah singgah ada di antaranya yang mengatakan bahawa kerosakan yang berlaku itu adalah kekal dan boleh membawa maut. 

- Advertisement -

Apa yang berlaku sebenarnya daripada laporan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Makanan dan Ubatan (FDA) pada 10 Disember 2020, memang terdapat kejadian Bell’s Palsy ini, tetapi 4 kes kejadian itu tidak dapat dikaitkan dengan vaksin yang diberikan kepada mereka. Walaupun di dalam julat pemberian itu adalah mengikut edah masanya, ianya berlaku secara kebetulan. Empat kes tersebut:

(1) Kes 1 di berlaku 3 hari selepas cucuk vaksin dan ianya pulih sepenuhnya tiga hari kemudian. 
(2) Kes 2 berlaku pada hari 9 dan pulih 10 hari berikutnya.
(3) Kes 3 berlaku hari ke-37 selepas cucuk vaksin dan pulih sepenuhnya 15 hari kemudian.
(4) Kes 4 Berlaku hari ke-48 selepas cucuk vaksin dan pulih sepenuhnya 21 hari kemudian.

Tidak ada di kalangan mereka yang cacat kekal.

Penegasan laporan yang dikeluarkan oleh FDA menyatakan bahawa ianya adalah tidak dikaitkan terus dengan vaksin kerana kes kejadian Bell’s Palsy di dalam populasi dalam tempoh yang sama adalah sama-tara. Di mana dalam tempoh yang sama kejadian Bell’s Palsy dalam populasi di antara 15 – 20 daripada setiap 100,000 populasi. Manakala bagi kes kajian vaksin COVID-19 ini daripada jumlah kajian didapati dari 38,000 yang dicucuk dengan vaksin, hanya empat kejadian Bell’s Palsy; bermakna ianya 11 daripada setiap 100,000 populasi. Ini menunjukkan bahawa ianya tidak ada keterkaitan terus di antara pemberian vaksin COVID-19 dengan AEFI. Istilah perubatan menyebut ‘temporal relationship’.

Masalahnya bagi orang awam yang bukan bidang perubatan tidak dapat membaca dan memahami apa itu yang diberi nama temporal relationship. Mereka terus menghuraikan perkara-perkara yang bukan daripada bidang mereka sehingga dapat mengelirukan masyarakat.

DR SUHAZELI ABDULLAH 
Pakar Perubatan Keluarga 
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 5/1/2021

Rujukan: 
Food and Drug Administration, “FDA Takes Key Action in Fight Against COVID-19 By Issuing Emergency Use Authorization for First COVID-19 Vaccine”Food and Drug Administration, “Vaccines and Related Biological Products Advisory Committee Meeting”Lead Stories, “Fact Check: Tennessee Registered Nurse Did NOT Claim She Suffered From Bell’s Palsy After COVID-19 Vaccination,” Dec. 30, 2020National Institute of Neurological Disorders and Stroke, Bell’s Palsy Fact Sheet, accessed Dec. 30, 2020PolitiFact, “Why you shouldn’t worry about getting Bell’s Palsy from the Pfizer COVID-19 vaccine,” Dec. 11, 2020.

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -