Dasar Pendidikan Rabbani dilaksana 2021

- Advertisement -

KOTA BHARU: Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) yang akan dilaksanakan tahun hadapan mempunyai buku panduan pelaksanaan sebagai penanda aras kejayaan.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sebanyak 10 sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) terlibat sebagai projek perintis.

Katanya, dasar itu akan dilaksanakan bagi tempoh enam bulan bermula sesi persekolahan 2021 sebelum diperluaskan ke sekolah lain di Kelantan.

“Sebab itu kita sediakan buku panduan yang terkandung matlamat serta visi DPRK yang mesti dicapai. Ia merupakan penanda aras kejayaannya.

“Kita laksanakan DPRK di 10 sekolah bagi peringkat awal selama enam bulan kerana kita masih lagi dalam proses pengembangan dan tambah baik modul tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran buku panduan pelaksanaan DPRK 2021 di sebuah hotel di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Exco, Ustaz Azhar Salleh; Pengarah YIK, Engku Rajhan Engku Ismail dan Pemangku Pengarah Intitut Latihan Perguruan Ustaz Zulkifli Yusof.

Dr Mohamed Fadzli berkata, DPRK yang dilancarkan pada 2019 dirangka bersama bersama pakar pendidikan Islam dari Institusi Pengajian Tinggi tempatan. – HARAKAHDAILY 30/12/2020

- Advertisement -