Kerajaan cari kaedah kurang import daging

- Advertisement -

BACHOK: Kerajaan mencari kaedah terbaik bagi memastikan kebergantungan kepada daging import dari luar negara dapat dikurangkan pada masa akan datang.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi bagaimanapun berkata, pengeluaran daging tempatan sekarang tidak mampu memenuhi permintaan pasaran.

Menurutnya, bekalan daging import masih diperlukan bagi mengawal harga daging tempatan daripada terus meningkat selain memastikan sumber tersebut halal.

“Cuma apabila kita meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan import, rakyat kena tanggung peningkatan harga yang lebih mahal berbanding import.

“Kita hendak jaga kepentingan kira-kira 30 juta rakyat, bukan hanya golongan petani sahaja, inilah antara persimpangan yang perlu dipertimbangkan kerajaan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke ladang kebun nanas di Kolej Vokasional Bachok, Tanggok di sini petang semalam.

Baru-baru ini Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia membongkar kegiatan penyeludupan daging dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina menggunakan logo halal.

Satu serbuan dilakukan di sebuah gudang di Senai Johor yang dijadikan lokasi membuat label dan cap palsu, berjaya merampas 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta.- HARAKAHDAILY 29/12/2020

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -