UnisZA dedah pelajar program komuniti

- Advertisement -

KANGAR: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu mengadakan program Hero Komuniti Perdana Unisza Cakna bagi melahirkan pelajar yang peka terhadap kehidupan masyarakat.

- Advertisement -

Pengarah program, Ahmad Wafiy Ahmad Kamel berkata, aktiviti berkenaan julung kali diadakan bertujuan untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan Pelan Strategik Unisza.

Katanya, universiti itu mahu muncul sebagai Hero Komuniti dengan mengadakan flagship program bagi membantu komuniti.

“Program tersebut diadakan serentak di seluruh Malaysia bermula 19 hingga 31 Disember ini.

“Kami pelajar UnisZA yang berasal dari Perlis turut menjayakan program berkenaan. Sebelum ini UnisZA banyak mengadakan program komuniti dengan masyarakat setempat,” katanya di sini, hari ini.

Seramai tujuh pelajar UniSZA terlibat dengan program berkenaan yang bermula dengan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan Surau Haji Abdul, Batu Dua, Kangar.

Menurutnya juga, penularan wabak Covid-19 tidak menghalang pogram tersebut diadakan dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa. – HARAKAHDAILY 28/12/2020

- Advertisement -