Kerajaan perlu bantu NGO

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Sepanjang tempoh berlakunya penularan wabak pandemik Covid-19 dan sebelum daripada itu lagi, banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membantu kerajaan dalam usaha membantu rakyat terjejas dan dan memerlukan.

- Advertisement -

Justeru itu, demi mencapai matlamat sama seperti dalam Belanjawan 2021 Sabah iaitu ke arah Sabah Maju Jaya dan sebagai sebuah kerajaan yang adil, harus ada insentif yang positif untuk kumpulan-kumpulan NGO ini.

Cadang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, Dr Aliakbar Gulasan ketika membahas Belanjawan Negeri Sabah 2021 sebelum ini.

Tambah beliau, NGO acap kali sampai ke kawasan-kawasan yang kadangkala Ahli Yang Berhormat pun tidak sampai dan mereka membantu membina rumah orang-orang susah, mengedarkan makanan, membina kemudahan secara bergotong-royong seperti membina jambatan dan sebagainya.

Jelas beliau, NGO merupakan mata rantai kepada kerajaan, oleh itu sudah sampai masanya kerajaan membantu mereka sama ada dalam bentuk geran atau apa-apa inisiatif yang tertentu supaya nanti hubungan di antara kerajaan dengan NGO ini bertambah baik.

‘’Saya berharap hubungan kita dengan NGO ini bertambah baik seperti mana dalam pembentangan menteri yang hampir setiap hari mengucapkan terima kasih kepada NGO yang banyak membantu dalam gerak kerja kebajikan sepanjang penularan Covid-19,’’ ujar Dr Aliakbar. – HARAKAHDAILY 26/12/2020

- Advertisement -