Penerbangan ke Kelantan meningkat 4 kali ganda

Majlis penyampaian Hadiah Anugerah Sastera 2019/2020 di Dewan Bungai Teratai
- Advertisement -

KOTA BHARU: Penerbangan keluar masuk ke Kelantan meningkat empat kali ganda sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan di seluruh negara baru-baru ini.

Pengerusi Perpadan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abd Rahman berkata, sebanyak 808 penerbangan mendarat di Kelantan sehingga bulan ini.

Katanya, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) menunjukkan jumlah keluar masuk penerbangan sebanyak 195 penerbangan pada November lepas.

- Advertisement -

“Ini menunjukkan peningkatan ketara sehingga empat kali ganda, setelah kita buka laluan baru Kota Bharu ke Langkawi menerusi penerbangan Air Asia.

“Namun kita meminta pengusaha pelancongan dan perhotelan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan seperti periksa suhu dan penjarakan fizikal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian Hadiah Anugerah Sastera 2019/2020 di Dewan Bungai Teratai di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Tengku Azmi Tengku Jaafar serta wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Mohd Salahuddin Mohamed.

Pada majlis itu, Guru di Maahad Amir Indera Petra Beris Kubor Besar Bachok Rosli K. Matari atau nama sebenar Mohd Rosli Nik Mat diumumkan sebagai Sasterawan Negeri Kelantan.

Beliau membawa pulang wang tunai RM7,000 bersama watikah penghargaan daripada kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 24/12/2020

- Advertisement -