Gelombang banjir belum lagi berakhir

Majlis pelepasan Kembara Prihatin Negara di Kompleks Kota Darulnaim.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri belum lagi melakukan kajian berhubung kerugian serta kerosakan yang dihadapi ekoran banjir yang berlaku baru-baru ini.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, difahamkan masih wujud lagi gelombang hujan dijangka berlaku.

- Advertisement -

Katanya, tafsiran kerugian setakat ini belum tidak buat lagi kerana banjir masih belum berakhir.

“Banjir baru-baru ini merupakan gelombang kedua dianggap belum besar lagi.

“Kalau mengikut kelaziman tahun-tahun lepas, kita akan buat kajian mengenai kerugian sehingga Monsun Timur Laut berakhir Mac tahun hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelepasan Kembara Prihatin Negara di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff dan anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Mumtaz Md Nawi.

Program tersebut merupakan inisiatif kementerian terbabit untuk membantu masyarakat yang terjejas akibat Covid-19 serta kehilangan punca pendapatan.

Ustaz Ahmad juga berkata, kira-kira 80,000 penduduk Kelantan akan mendapat manfaat pelaksanaan program kembara yang turut disertai agensi-agensi kerajaan. – HARAKAHDAILY 24/12/2020

- Advertisement -