Bekerja di pasar borong ketika cuti semester

- Advertisement -

KANGAR: Selepas gagal mengusahakan tanaman jagung selama dua musim akibat serangan kulat dan musim kemarau, Mohd Fahmi Othman, 22 tetap tidak berputus asa.

Anak muda yang berjiwa besar terbabit pernah bekerja di Pasar Borong Kangar selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketika itu beliau belajar di Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) Pahang dalam bidang Teknologi Makanan di peringkat diploma. Setiap kali cuti semester Mohd Fahmi bekerja di Pasar Borong Kangar.

- Advertisement -

Beliau yang berasal dari Felda Chuping, Kangar juga pernah menjalani latihan industri di MDD Beverage Kuantan, Pahang iaitu sebuah kilang yang membuat air berkarbonat.

Mohd Fahmi kemudian ditawarkan bekerja tetap di kilang tersebut. Bagaimanapun tidak lama selepas itu beliau terpaksa pulang ke kampung kerana ayahnya mengalami strok (saraf tunjang).

“Selama tiga tahun saya bekerja dalam pelbagai bidang, bermula dengan tanaman jagung. Namun nasib tidak menyebelahi kami, tanaman jagung tidak menjadi selama dua musim akibat dari serangan kulat dan musim kemarau.

“Selepas itu saya pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah kantin dan bekerja di kilang ais.

“Kemudian saya mula berjinak menjual ayam gunting secara separuh masa bersama kawan-kawan,” ujarnya yang sudah pun mendirikan rumah tangga bersama pasangan, Nurul Fatehah Sahabuddin.

Kini perniagaan itu perniagaan itu berjaya merubah nasib keluarganya. – HARAKAHDAILY 23/12/2020

Ikuti kisah pemuda tabah itu dalam Harakah versi cetak.

- Advertisement -