Ziarah Mahabbah Timbalan Ketua DUPWP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan (DUPWP) melalui Ketua Lajnah Kebajikanya melakukan Ziarah Mahabbah ke atas Timbalan Ketua DUPWP, Ustaz Salleh Sani Harun Al-Hafiz di kediaman beliau di Kampung Padang Balang, Tahfiz Darul Furqan, di sini, semalam.

- Advertisement -

Beliau telah mengalami penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik yang menyebabkabkan beliau tidak berupaya menggerakkan badannya.

Bagaimanapun, setelah hari kesepuluh, beliau beransur pulih dan sudah mampu melakukan pergerakan kecil dengan menggunakan kerusi roda (wheelchair).

DUPWP dalam masa sama menyeru kepada masyarakat setempat, penyokong dan pendokong PAS agar mendoakan pengasas serta Mudir Ma’ahad Tahfiz Darul Furqan ini agar beroleh kesembuhan.

Ini supaya beliau dapat meneruskan gerak kerja da’wah dengan menerajui institut pengajian yang menekankan penghafazan Al-Quran dan akademik di tiga buah Maahad Tahfiz Darul Furqan iaitu di Padang Balang, Sepang dan Cheras.

Dalam ziarah sama, lajnah kebajikan menyampaikan sumbangan kewangan sebagai menzahirkan ukhwah sesama pejuang Islam melalui ziarah kasih sayang. – HARAKAHDAILY 21/1/2020

- Advertisement -