PAS bantah program Grand Final Gala Night

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak supaya membatalkan penganjuran program Grand Final Gala Night bagi Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Penganjuran program berunsur kemaksiatan ini seharusnya tidak dilaksanakan di negara yang bermajoritikan Melayu-Islam. Bahkan program sebegini mempunyai unsur Hedonisme yang boleh merosakkan masyarakat terutamanya anak muda. 

- Advertisement -

Tambahan, negara sedang diuji bencana pandemik COVID-19 yang meragut banyak nyawa. Seharusnya, ini menjadi medan muhasabah agar tidak mengundang lagi kemurkaan Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T dalam surah Saba’ ayat ke-15:

“Negerimu adalah negeri yang baik, dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Pengampun.”

PAS menegaskan sekali lagi kepada penganjur program agar membatalkan program tidak bermanfaat ini. Malah, PAS yakin program ini mendapat tentangan oleh seluruh masyarakat yang prihatin tanpa mengira bangsa dan agama.

PAS bersama Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) serta NGO-NGI akan menghantar memorandum rasmi kepada pihak berkuasa sebagai bukti kesungguhan dalam membantah program berunsur kemaksiatan ini.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
21 Disember 2020 | 6 Jamadil Awal 1442 – HARAKAHDAILY 21/12/2020

- Advertisement -