Khidmat Malaysia kumpul dana bantu mangsa banjir

Majlis Pelancaran Khidmat Malaysia Tumpat. Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

TUMPAT: Sayap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) PAS, Khidmat Malaysia berperanan membantu kerja-kerja pengurusan kecemasan dan bencana di seluruh negara khususnya ketika banjir.

Menurut Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob, begitu juga fungsinya Khidmat Malaysia Cawangan Tumpat yang bergerak sebelum ini bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

- Advertisement -

Katanya, mereka juga mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang dikumpul melalui dana disumbang pelbagai pihak.

“Pusat Khidmat Malaysia Tumpat berjaya mengumpul sumbangan sejumlah barangan dapur bernilai RM25,000 di samping sebuah bot berharga RM12,000,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Khidmat Malaysia Tumpat yang diadakan di pejabat itu di Taman SPP Kota Warisan di sini, semalam.

Sempena majlis pelancaran itu, beberapa agensi kerajaan negeri, syarikat swasta dan individu menyumbang kepada Khidmat Malaysia Tumpat.

Malah pada pelancaran tersebut juga sebanyak RM15,000 dikumpul hasil sumbangan pelbagai pihak.

PAS Tumpat antara kawasan yang awal melancar Khidmat Malaysia di Kelantan.

Ahmad juga berkata, Pusat Khidmat Malaysia antara pihak awal yang menyumbangkan kepada mangsa bencana termasuk banjir di samping NGO-NGO lain. – HARAKAHDAILY 21/12/2020

Berita lanjut menyusul.

- Advertisement -