Khidmat Malaysia buka bilik gerakan info bencana banjir

- Advertisement -

SEHINGGA pukul 3 petang ini, Bilik Info Bencana Khidmat Malaysia telah menerima maklumat bahawa 3 buah negeri telah terlibat dengan bencana banjir iaitu Kelantan, Terenganu dan Pahang.

- Advertisement -

Di Kelantan, empat daerah yang terlibat adalah Daerah Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas dan Tanah Merah manakala di Terengganu melibatkan Daerah Kemaman, Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu. Di Pahang setakat ini melibatkan penduduk di Daerah Kuantan manakala di Selangor beberapa tempat dalam keadaan berwaspada akibat peningkatan kadar hujan turun dan paras air sungai yang meningkat.

Khidmat Malaysia telah mengarahkan supaya semua Bilik Gerakan di peringkat Parlimen/Daerah yang terlibat dibuka serta merta dan setiap petugas dikerahkan untuk bersedia memberikan bantuan kepada mangsa mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Perkembangan bencana akan dikemaskini di akaun Facebook, akaun Telegram dan akaun Twitter Khidmat Malaysia.

Bilik Gerakan Info Bencana akan terus memantau perkembangan dari masa ke masa.

Sumbangan kepada mangsa banjir boleh disalurkan ke akaun Maybank Khidmat Malaysia (No. Akaun 5642 9431 0529).

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah
Khidmat Malaysia – HARAKAHDAILY 21/12/2020

- Advertisement -