Generasi muda jemu politik rebut kuasa

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pemuda PAS diminta bersedia menghadapi situasi dasar perjuangan kepartian yang tidak lagi dilihat sebagai perkara asas dalam agenda politik tanah air.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, generasi muda kecewa dengan sistem politik yang berlaku sekarang di mana perebutan kerusi berlaku dalam kalangan ahli-ahli politik.

Katanya, perebutan kuasa tersebut sehingga menyebabkan ekonomi negara menjadi tidak stabil.

“Golongan terbabit merupakan generasi yang paling ramai terjejas kerana perubahan politik dan kepimpinan negara.

“Kemungkinan berlaku pada satu peringkat di mana perbezaan bangsa tidak lagi menjadi asas kerana mereka lebih melihat penerimaan rakyat pelbagai kaum di Malaysia,” katanya pada Liqa’ Fikri anjuran Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini, kelmarin.

Program itu diadakan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.

Turut hadir, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohd Ariff Abdullah, timbalannya Ustaz Hushaimi Husian dan Naib Ketua Ustaz Abdul Malik Abdul Karim.

Oleh itu, beliau meminta Pemuda PAS mendepani cabaran perubahan tersebut dengan melakukan persiapan lebih awal. – HARAKAHDAILY 21/12/2020

- Advertisement -