Waspadai hubungan, jangan tiada sefahaman

- Advertisement -

TAHNIAH Umno berlapang dada meminta maaf. Tahniah BERSATU berjiwa besar mengucap tahniah. Tahniah PAS memohon ampun terkhilaf menghadap.

- Advertisement -

Firman Allah S.W.T:

وَٱلَّذِیۤ أَطۡمَعُ أَن یَغۡفِرَ لِی خَطِیۤـَٔتِی یَوۡمَ ٱلدِّینِ ۝  رَبِّ هَبۡ لِی حُكۡمࣰا وَأَلۡحِقۡنِی بِٱلصَّـٰلِحِینَ

“Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;

“Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;

[ash-Shu’ara: 82-83]

Keributan politik sebenarnya jika diuji, ianya boleh menambahkan rasa kepedulian sebenarnya. Keributan politik, jika difikirkan keutamaan kepada marhaen, ianya boleh diredakan sebenarnya. Keributan politik, jika diawali dan disusuli perbincangan, ianya boleh diselesaikan tanpa sebarang terguris hati.

Walau menang, tersenyum, namun pasti terguris hati. Walau kalah, tersenyum juga, namun hati terguris pasti. Tiada menang kalah jika sekadar senyum di mulut namun di hati terluka. Kita manusia, bohonglah jika tiada terasa apa-apa. Ayat saya ok, ayat saya redha, ayat saya mohon maaf, semuanya itu sekadar penyedap mulut. Tipulah jika tiada rasa apa-apa.

Sedangkan Nabi pernah mengungkap ayat:

هلك العرب

هلك العرب

هلك العرب

Semasa Perjanjian Hudaibiyyah ayat ini terkeluar dari mulut Nabi di dalam khemah Nabi S.A.W. Saksinya Aisyah isteri tersayang. Mengapa ayat ini terkeluar? sebab Nabi juga manusia walaupun Nabi manusia istimewa namun terkeluar juga. Jadi, jangan kata kita tidak ada apa-apa.

Moga-moga dengan titah Tuanku ini akan menjadi kata semangat untuk kita terus berfikir demi rakyat, hentikan sebarang perbalahan, tetapkan hala tuju, runding dengan memikirkan give and take yang bukan sahaja stand alone namun kita telah bersama.

Rujukilah sejarah kemenangan Barat ke atas Islam, bukan kerana Islam tiada bala pejuang, bukan kerana kita tiada kemahiran, bukan kerana kita tiada alatan, bukan kerana kita dilanda kemiskinan, namun kerana Islam tiada kesefahaman, kerana kita tiada pertemuan, kerana kita tiada perbincangan, kerana kita tiada semangat setia kawan.

Semoga dengan bacaan surah as-Syua’ra ayat 82 yang menyatakan bahawa hanya kepada Allah S.W.T sahajalah kita patutnya memohon ampun dan maaf atas dosa-dosa kita dan dengan doa yang Allah ajar kepada kita agar kita ini boleh memahami dan mempelajari ilmu-ilmu agama serta dapat kita berdamping dengan orang yang soleh demi menjaga Amal Ibadah kita Insya-Allah.

Semoga dengan permohonan maaf, dengan ucapan tahniah, dengan seikhlas permohonan ampun maaf akan menjadi satu dimensi baru dalam Budaya Politik Matang dan Sejahtera Insya-Allah.

AHMAD FAISAL MOHD PUAIT
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 17/12/2020

- Advertisement -