Banduan diberi kerja kontrak di MPKB BRI

Majlis Penyerahan Motosikal Roda Tiga dan Peralatan Kebersihan di Penjara Pengkalan Chepa. Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai 10 banduan yang hampir tamat menjalani hukuman penjara dipilih bekerja secara kontrak dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sehingga mereka dibebaskan.

Banduan berkenaan yang juga dikenali sebagai Orang Diparol (ODP) akan dibayar gaji secara tuntutan oleh Kelab Penjara secara bulanan.

- Advertisement -

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bagi menjayakan hasrat itu Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyumbang sebanyak RM50,000.

“Peruntukan itu untuk pembelian lima motosikal roda tiga serta kelengkapan lain bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Motosikal Roda Tiga dan Peralatan Kebersihan di Penjara Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua MPKB-BRI, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf dan Pengarah Penjara Kelantan Mat Yaacob.

Program tersebut merupakan kolaborasi antara MAIK dan MPKB-BRI yang julungkali pernah diadakan. Dan ia juga projek perintis bagi membantu ODP. – HARAKAHDAILY 17/12/2020

- Advertisement -