Presiden PAS junjung kasih Tuanku Sultan Perak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS merakamkan setinggi junjung kasih kepada Sultan Perak di atas keprihatinan dan hikmah kebijaksanaan dizahirkan Baginda terhadap kemaslahatan agama, kestabilan politik dan ekonomi, serta kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat jelata.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan tersebut setelah mengadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di Istana Kinta, Ipoh, jam 11 pagi tadi.

- Advertisement -

Junjung kasih beliau itu disampaikan menerusi satu kenyataan media rasmi yang dikeluarkan menerusi Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan sebentar tadi.

Pada 10 Disember lepas, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi telah mengutus warkah kepada Sultan Nazrin memohon untuk menghadap baginda bagi menyembah maklum suasana politik yang melibatkan PAS.

Jumaat lepas, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria menzahirkan permohonan ampun kepada Sultan Nazrin atas kekhilafan ADUN daripada parti itu kerana tidak menghadap baginda sepertimana dititahkan pada 8 Disember lepas. – HARAKAHDAILY 15/12/2020

- Advertisement -