Bob Lokman terharu diziarahi menteri besar

Foto UKMB
- Advertisement -

KOTA BHARU: Artis terkenal Bob Lokman mengakui beliau terharu di atas kesungguhan pemimpin dan penyokong PAS membantunya sebelum menjalani rawatan jantung.

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 56 berkata, antara pemimpin yang sering membantunya termasuk anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Mumtaz Md Nawi.

- Advertisement -

“Dialah orang yang mula-mula dan sentiasa membantu saya,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Oleh itu kata beliau tidak benar sekiranya ada pihak mendakwa pemimpin PAS tidak membantunya ketika diuji dengan masalah kesihatan.

Isnin lalu Bob Lokman menjalani pembedahan berkaitan jantung iaitu ‘Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Beliau merupakan pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik lagu-lagu yang dikenali ramai.

Menurutnya juga Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Marzuk Shaary juga sering menziarahinya.

“Saya juga rasa terkejut atas kunjungan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob di kediaman keluarga saya di Kubang Kerian, semalam.

“Saya langsung tidak menduga menteri besar datang menziarahinya. Allahu..memang terkejut saya bila dia sendiri datang ziarah saya. Saya ni siapalah sangat. Ini cukup mengharukan saya,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/12/2020

- Advertisement -