Anwar ahli politik paling membosankan

- Advertisement -

SAYA sokong penuh kenyataan Presiden PAS bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ini hanya lunak dalam berjanji palsu. Kepada pimpinan Ahli Parlimen (MP) terutama yang pernah bersahabat rapat dengan Anwar sepatutnya sudah disedarkan lama dengan kerenah otai politik putar alam ini.

Kumpulan veteran yang menyokong beliau di Port Dickson (PD) telah ditaburkan janji luar biasa kononnya jika beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen PD. Hakikatnya janji hanya tinggal janji. Veteran kempunan dan terus terpinggir. 

- Advertisement -

Suara Anwar dalam memperjuangkan untung nasib veteran langsung tidak kedengaran di Parlimen apa lagi menggubal dasar memperkasakan kebajikan veteran dan ATM. Tokoh yang lebih ke arah mengajar cita-cita perbadi disyorkan bersara dari arena politik. 

Port Dickson yang dicanang dan dijanjikan oleh Anwar bakal menjadi Bandaraya Veteran langsung tidak berubah sejak Anwar menjadi MP. Saya mencabar Anwar akan kekal bertanding di Parlimen Port Dickson agar pengundi di PD yang majoritinya B40, nelayan dan orang kampung, pesara veteran dan anggota ATM boleh menghukum beliau yang kami levelkan sebagai tokoh yang telah mungkir janji dan membazirkan wang rakyat kerana PRK Port Dickson lalu menggunakan dana kerajaan dan pendukung beliau telah menggunakan pelbagai aset kerajaan dalam kempen PRK PD.

Kami veteran KERABAT Malaysia dengan gandingan ribuan veteran ATM bersama Pelbagai Persatuan Bekas Tentera, Jentera Gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) akan turun untuk tugasan gerak gempur mempastikan Anwar Ibrahim berkubur dari arena politik tanah air. Insya-Allah.

LT KOL HJ MOHD NAZARI HJ MOKHTAR (B)
Presiden Sekretariat KERABAT Kebangsaan 
14 Disember 2020 – HARAKAHDAILY 14/12/2020