PAS tidak pernah menyimpang perjuangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS menyangkal tuduhan beberapa pihak yang mengatakan bahawa parti itu telah menyimpang daripada perjuangan setelah kini bersama dengan Kerajaan Persekutuan.

- Advertisement -

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sentiasa melakukan muhasabah pada setiap kali muktamar dilakukan dan akan mendengar pandangan semua pihak.

“Ahli-ahli PAS sentasa melakukan muhasabah setiap muktamar dan kita (pimpinan PAS) mendengar pandangan setiap muktamar PAS.

“Sehingga hari ini kita turun ke bawah, Alhamdulillah jentera PAS memberi kerjasama yang sangat baik. Sangat produktif kepada peranan PAS dalam kerajaan,” katanya pada Majlis Dialog Media bersama Presiden PAS di Pejabat Agung PAS, di sini hari ini.

Sebelum ini ada tuduhan daripada beberapa penganalisis politik yang mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin PAS sekarang telah menyimpang daripada perjuangan.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan permohonan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Tuan Guru Abdul Hadi berkata bahawa permohonannya untuk menghadap Sultan Perak telah diperkenan.

Namun, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang bagaimanapun tidak mendedahkan butiran tarikh kebenaran untuk beliau menghadap Sultan Perak.

“Kita telah persembahkan permohonan untuk menghadap Sultan Perak dan sudah diterima, sudah dijawab.

“Saya tidak perlu memberitahu tarikhnya, tiba masanya kita akan menghadap (Sultan Perak),” katanya kepada media ketika sesi dialog di Pejabat Agung PAS, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Presiden PAS telah membuat permohonan untuk menghadap Sultan Perak berhubung situasi politik yang melibatkan parti itu. – HARAKAHDAILY 13/12/2020

- Advertisement -