RM500,000 projek baik pulih monumen dipersoalkan

- Advertisement -

BALIK PULAU: Kewajaran sebuah monumen yang dikatakan dibaik pulih dengan peruntukan bernilai RM500,000 menimbulkan kesangsian terhadap kepentingannya berbanding isu-isu pembangunan dihadapi penduduk.

Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, sedangkan ada keperluan yang dilihat lebih utama seperti menaik taraf sistem perparitan di kawasan yang selalu ditenggelami air, di sini.

- Advertisement -

Beliau merujuk kepada monumen di bulatan Pekan Kongsi, Jalan Balik Pulau, sedangkan masyarakat berhadapan penutupan jalan akibat masalah perparitan yang menyebabkan banjir antaranya di Simpang Tiga Taman Manggis.

Malah, beliau juga mempersoalkan sama ada pekan tersebut akan berubah sama seperti gambaran artis dalam pelan dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebelum ini.

Pada 2 Disember lalu memo di Facebook rasmi MBPP menyatakan menerima peruntukan sebanyak setengah juta ringgit itu daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada Jun baru-baru ini.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik daripada PKR adalah bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Projek dengan peruntukan sangat besar itu turut dipersoalkan Ustaz Fauzi sama ada ia dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di situ di mana akan dilaksanakan dalam tempoh lima bulan dan dijadual siap pada 30 April 2021. – HARAKAHDAILY 10/12/2020

- Advertisement -