Foodbank YaPEIM 2.0 di Pulau Sebatik

- Advertisement -

TAWAU: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) melalui Program Foodbank YaPEIM 2.0 mengagihkan sebanyak 85 set foodbank berupa makanan keperluan harian di Pulau Sebatik di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Komuniti YaPEIM Sabah, Mohd Khairi bin Ismail berkata, sumbangan tersebut telah diserahkan kepada golongan yang memerlukan termasuk isi rumah di bawah kategori B40.

- Advertisement -

Katanya, penyerahan melibatkan penerima daripada lima buah kampung iaitu Kampung Bergosong, Kampung Sungai Tongkang, Kampung Mentadak, Kampung Sungai Tamang dan Kampung Wallace Bay, di sini hari ini.

“Serahan dilaksanakan dengan kerjasama UPPM Dun Sebatik, JHEINS Tawau, Jabatan Amal Malaysia Cawangan Tawau dan Unit Pengupayaan OKU (UPAYA) Tawau.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses penyerahan ini.

” Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.”

Beliau juga berharap agar kerjasama erat tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sebelum ini, Program Foodbank 1.0 telah berjaya menyantuni seramai 250,000 golongan sasar di 220 daerah di seluruh negara menerusi pelbagai program dengan melibatkan peruntukkan sebanyak RM4 juta.

Selepas kejayaan program Foodbank 1.0, YaPEIM terus mengorak langkah dalam membantu golongan sasar dengan memasukkan elemen-elemen baharu pada Foodbank 2.0 seperti sumbangan daging segar dan juga elemen nutrisi. – HARAKAHDAILY 10/12/2020

- Advertisement -