Pulau Pinang perlu bayar sumber air Kedah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menjelaskan bayaran sumber air mentah yang diambil dari Kedah sebelum cuba campur tangan urusan negeri berkenaan.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata, Pihak Berkuasa Air (PBA) Pulau Pinang sepatutnya menjelaskan bayaran sebanyak RM50 juta setahun di atas penggunaan sumber air sebanyak 1,100 juta liter padu (MLD) sehari yang dibekalkan Kedah.

Katanya, sudah banyak kali surat pemakluman dihantar namun tiada jawapan.

- Advertisement -

“Kali terakhir pada tahun ini melalui Setiausaha Kerajaan Negeri juga tiada sebarang jawapan.

“Mereka ambil air percuma dari Kedah sedangkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) juga membuat bayaran kepada Lembaga Sumber Air Kedah,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di Wisma Negeri Kedah, hari ini.

Baru-baru ini, PBA Pulau Pinang meminta Kerajaan Persekutuan tidak membenarkan perlombongan Rare Earth Elements (REE) kerana dikhuatiri mencemar sumber air di kawasan tadahan air Hutan Ulu Muda.

Kata Sanusi, Ulu Muda milik di bawah kuasa kedaulatan Kedah dan tidak perlu ada pihak cuba ‘mengajar’ kerana kerajaan negeri lebih maklum mengenainya. – HARAKAHDAILY 9/12/2020

- Advertisement -