Pulau Bidan miliki nilai estetika tinggi

- Advertisement -

YAN: Kerajaan Negeri Kedah berusaha memajukan sektor pelancongan di Pulau Songsong, Pulau Telor dan Pulau Bidan berdasarkan nilai estetikanya yang tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pelancongan, Seni, Budaya dan Pembangunan Usahawan, Mohd Firdaus Ahmad berkata, kawasan berkenaan mempunyai pantai berpasir dan air jernih.

Katanya, pulau terbabit terbentuk oleh batuan Formasi Mahang yang berusia sekitar 450 juta tahun.

- Advertisement -

“Lokasi berkenaan sesuai sebagai tempat lokasi perkhemahan. Pulau Songsong berkeluasan 62 ekar dengan ketinggian 118 meter.

“Ia mempunyai nilai saintifik yang tinggi hasil tinggalan proses geologi marin yang berkaitan dengan paras laut Holosen,” katanya ketika melawat pulau tersebut, semalam.

Turut hadir, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Yan, Syed Amalluddin Hafeez, Timbalan Sektoral Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri (BPEN) Faizal Rizal, Penolong Pengarah BPEN Bahagian Pelancongan Abdullah Sani dan Pengurus Kedah Tourism Noor Azlan Fitri Abd Razak.

Mohd Firdaus juga berkata, sebahagian pantai di kawasan berkenaan terdiri daripada batu merah (batu lumpur). – HARAKAHDAILY 9/12/2020

- Advertisement -