Projek impak tinggi mampu rangsang ekonomi

- Advertisement -

ALOR SETAR: Langkah kerajaan negeri meneruskan projek berimpak tinggi walaupun negara masih bergelut pandemik Covid-19 dianggap mampu merangsang pertumbuhan ekonomi.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, projek berimpak tinggi mampu merancakkan ekonomi negeri.

- Advertisement -

Katanya, kerancakan ekonomi memberi peluang rakyat menjana pendapatan melalui banyak peluang kerja yang boleh disediakan daripada projek berimpak tinggi.

“Kita tidak boleh nak fokus tentang pembelaan rakyat tanpa memberi tumpuan yang sama kepada pembangunan ekonomi negeri.

“Kerajaan negeri juga melakukan idea yang baik apabila tidak membuat perubahan yang drastik seperti rombakan jawatan penjawat awam secara besar-besaran,” katanya pada Wacana Analisis Bajet 2021 Urus Setia Penerangan Darul Aman, baru-baru ini.

Turut bertindak sebagai panelis ADUN Bandar Baharu, Dato’ Norsabrina Mohd Noor dan ADUN Belia Kedah, Ammar Naufal Hakimi sebagai moderator pada program yang berlangsung di Pejabat UPDA.

Sebelum ini, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu kerajaan negeri tetap menjayakan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). – HARAKAHDAILY 9/12/2020

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!