Lim Kit Siang ditanya akan asal usulnya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP, Lim Kit Siang diminta menyedari asal usulnya sebelum sibuk mencampuri urusan negeri lain, demikian peringat Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

“Dia (Kit Siang) suruh saya letak jawatan? Bila dia jadi rakyat Kedah tu? Saya punya sikap tak beri kesan pun kepada dia. Orang Kedah ok saja. Orang Kedah memang lagu itu kan? Loqlaq kena ada sikit, lawak ada sikit, serius ada sikit.

“Mesra pun ada. Bahasa kita, bahasa yang orang kita fahamlah,” ujarnya pada sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.

- Advertisement -

Kit Siang gesa Sanusi, diminta menjaga halnya sendiri, kerana untuk menjaga rakyat pemimpin itu tidak dapat dipastikan asal usul sebenar beliau kerana dulu bertanding di Pulau Pinang dan Ipoh, kini pergi ke Johor.

Sanusi turut membawa kisah beruk yang ditimpa hujan dan bunyi guruh tetapi bertindak mahu melawan petir itu, sedangkan ia tidakpun terkena panahan kilat tersebut.

“Bukan saya kata dia beruk, (tapi) sikap itu. Kita tak kata dekat dia pun, kita tak kacau dia pun, lintaq (petir) guruh, bunyi kan, hujan, bunyilah. Bukan panah dia, dia lawan buat apa?

“(Maknanya) Perbuatan yang sia-sia yang mendatangkan cedera kepada diri sendiri. Itulah, (kisah) beruk lawan lintaq,” ujarnya memberi analogi.

Kelmarin, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu tampil setelah beberapa pemimpin MIC dan DAP lain menyatakan kritikan terhadap Sanusi dalam beberapa perkara. – HARAKAHDAILY 9/12/2020

- Advertisement -