Kelantan cadang peraturan baru selepas PKPB

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan membuat analisa bagi melaksanakan peraturan baharu selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan sekatan jalan dimansuhkan.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Jefny Muhammad berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri memutuskan Jabatan Kesihatan Negeri mengalas tanggungjawab itu.

- Advertisement -

“Pada mesyuarat hari ini kita berbincang bagaimana hendak selaras kehendak kerajaan pusat yang perlu diambilkira.

“Daerah yang tiada risiko jangkitan mungkin boleh dikategorikan sebagai zon hijau dalam PKPB. Ia boleh dibuka kepada aktiviti dan program yang tidak boleh dilaksanakan ketika PKPB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri dipengerusikan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Jefny berkata, hasil kajian tersebut akan diserah kepada Menteri Besar untuk diluluskan sebelum diangkat kepada sidang MKN dalam tempoh terdekat.

Menurutnya analisa terbabit meliputi seluruh Kelantan kecuali kawasan yang melibatkan penularan Kluster Huma di Pasir Puteh yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). – HARAKAHDAILY 9/12/2020

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!