Himpunan Perpaduan Ummah bantah ICERD

- Advertisement -

TARIKH keramat Himpunan Perpaduan Ummah pada 8.12.2018 di Dataran Merdeka KL, mencetuskan kesedaran besar kepada pemimpin dan ummat Islam Melayu, peri pentingnya bersatu padu bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan sokongan pemimpin NGO dan NGI Islam serta disertai oleh dua parti terbesar Islam melayu iaitu PAS dan Umno telah menghimpunkan lebih sejuta ummat di di KL dengan tema perdamaian dan kesatuan.

- Advertisement -

Himpunan ini telah menyatukan ummat Islam Melayu tanpa mengira fahaman ideologi politik, dan melahirkan resolusi, perpaduan ummah wajib dilakukan demi memartabatkan agama,bangsa dan negara.

Maka, memperingati tarikh bersejarah ini, UMMAH menyeru kepada semua pihak agar terus mempertahankan kesatuan ummah ini, memelihara dan seterusnya beristiqamah bagi mengekalkan kuasa ummat Islam di negara ini terus terpelihara demi kesejahteraan rakyat dan negara.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) – HARAKAHDAILY 9/12/2020

- Advertisement -