Penularan Kluster Huma di Pasir Puteh terkawal

- Advertisement -

TANAH MERAH: Kerajaan negeri melahirkan rasa bimbang wujud penularan Covid-19 selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dihentikan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, kira-kira lima kluster wujud di Kelantan kerana kepulangan perantau.

- Advertisement -

“Kita bukan hendak menghalang kepulangan mereka, tidak adil kepada mereka, cuma kalau balik pun peraturan mengenai prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

“Kes di Kelantan masih ada dan terkawal, oleh itu nasihat saya supaya kita jaga kita dan bersabar dalam tempoh dua empat minggu untuk hentikan wabak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah mampu milik Taman Wadi Iman Pasir Genda di sini, hari ini.

Turut hadir Adun Bukit Panau Dato’ Abdul Fattah Mahmood, Timbalan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Mohamad Nasriff Daud dan Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah, Fiesal Abdullah.

Mengenai perkembangan Kluster Huma di Pasir Puteh, Dr Izani berkata, sehingga kini situasi penularan wabak terbabit masih dalam kawalan pihak berkuasa. – HARAKAHDAILY 7/12/2020

- Advertisement -