Pelajar cemerlang SPM, STAM, STPM terima RM500

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pelajar cemerlang dalam tiga peperiksaan utama di Kelantan pada 2019 mendapat insentif khas daripada kerajaan negeri sebanyak RM500.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, jumlah pelajar cemerlang yang mendaftar dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK) tahun ini hanya 592 orang.

- Advertisement -

Katanya jumlah itu jauh lebih rendah berbanding sebelum tahun-tahun sebelumnya.

“Pada tahun lepas, sebanyak RM296,000 dibelanja kerajaan negeri untuk pelajar cemerlang pada peperiksaan SPM, STAM dan STPM,” katanya pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2019.

Pada majlis itu, hanya 10 pelajar cemerlang yang mewakili YIK, sekolah menengah kebangsaan, Maktab Rendah Sains Mara dan juga anak Kelantan yang belajar di negeri lain hadir menerima insentif tersebut.

Dr Fadzli berkata, pihaknya terpaksa memperkecilkan jumlah jemputan menerima sumbangan secara fizikal bagi mengekang penularan Covid-19. – HARAKAHDAILY 7/12/2020

- Advertisement -