DAP mahu matikan persepsi anti-Melayu dan Islam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: DAP yang menampakkan kesungguhan mahu menjalinkan kerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan negeri baharu di Perak sebenarnya mempunyai agenda licik mereka.

Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, kesungguhan tersebut hinggakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengeluarkan tujuh dalil perlunya kerjasama tersebut.

“Paling menarik adalah dalil kelimanya, iaitu kononnya jalinan kerjasama antara DAP dan Umno ini akan mematikan persepsi DAP anti-Melayu anti Islam.

- Advertisement -

“Yang peliknya mengapa Nga Kor Ming hanya berani keluarkan tujuh dalilnya ini dalam Bahasa Mandarin tetapi tidak berani keluarkan dalam Bahasa Malaysia?

“Bolehkah persepsi DAP anti-Melayu anti Islam ini mati jika awal-awal lagi pun hanya bercakap kepada kaum Cina dalam Bahasa Cina untuk kepentingan kaum Cina?” ujar beliau.

Tujuh dalil Nga Kor Ming boleh dibaca di Facebook peribadi beliau menerusi pautan berikut: https://facebook.com/story.php?story_fbid=10218117085222043&id=1335290716

Laporan lanjut menyusul HARAKAHDAILY 7/12/2020

- Advertisement -