Hampir RM1 juta program pertanian bandar di Kelantan

Majlis penyampaian projek pertanian bandar di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bagi Dun Pengkalan Kubor. Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

TUMPAT: Kelantan memperolehi sebanyak RM900,000 daripada peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.32 juta untuk program pertanian di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, peruntukan itu disalur untuk program pertanian bandar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian projek pertanian bandar di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bagi Dun Pengkalan Kubor.

- Advertisement -

Majlis berkenaan diadakan di Dewan Penggawa Cabang Tiga Geting dekat sini, semalam.

Masyarakat pelbagai kaum termasuk Cina dan Siam di Dun berkenaan memperolehi input pertanian yang disediakan kerajaan.

Menurut Che Abdullah, peruntukan itu diagihkan kepada 10 jajahan di Kelantan, di mana jajahan Tumpat sebanyak RM300,000 melibatkan 408 individu dan lapan komuniti.

Beliau memberitahu, program pertanian bandar diwujudkan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup, menambahkan pendapatan serta memberi peluang pekerjaan melalui aktiviti pertanian.

Jelasnya, ia dilihat sebagai amalan mampan memandangkan dapat memberi manfaat dari aspek sosial, ekonomi dan persekitaran bandar. – HARAKAHDAILY 6/12/2020

- Advertisement -