DMPM berjaya kumpul RM34.5k untuk guru TASTI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) berjaya mengumpulkan dana sejumlah RM34,500 untuk membantu guru-guru Taska Tunas Islam (TASTI) di Malaysia yang terkesan kebelakangan ini akibat dari penangguhan sesi pembelajaran taska itu.

- Advertisement -

Menurut Ketua Penerangan DMPM, Dr Najihatussalehah Ahmad, sumbangan tersebut telahpun diserahkan kepada Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga DMPM untuk tujuan pengagihan kepada guru-guru TASTI.

Jelasnya, TASTI turut menghadapi situasi kewangan yang getir akibat daripada penularan Covid-19 dan situasi tersebut telah menyebabkan guru-guru TASTI hilang pendapatan sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Justeru itu, DMPM berhasrat untuk memberi sumbangan sekurang-kurangnya one-off RM300 kepada 115 guru TASTI di seluruh Malaysia.

Wang sumbangan diserahkan oleh Ketua DMPM, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh kepada Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Turut hadir semasa penyampaian sumbangan adalah Bendahari DMPM, Dr Che Faridah Ismail.

TASTI adalah taska di bawah seliaan DMPM yang memfokuskan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di bawah usia empat tahun.

TASTI beroperasi di seluruh Malaysia dengan 33 buah cawangan termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, dengan kekuatan sebanyak 115 kakitangan yang bertugas. – HARAKAHDAILY 6/12/2020

- Advertisement -