Rahmat Care zahir rasa gembira keputusan MKN

- Advertisement -

Rahmat Care menzahirkan rasa gembira di atas keputusan kerajaan untuk memberi kelonggaran dan kebebasan buat rakyat Malaysia bergerak merentas daerah dan negeri mulai Isnin ini.

- Advertisement -

Ia merupakan sesuatu keputusan yang ditunggu-tunggu dan memberi sinar untuk rakyat meneruskan kehidupan dan melakukan aktiviti seperti biasa, berjumpa keluarga dan rakan-rakan walaupun memerlukan kepada gaya hidup norma baharu serta SOP-SOP yang ditetapkan.

Malah, dengan keputusan itu, tentunya sedikit demi sedikit memulihkan keadaan ekonomi negara yang begitu terkesan disebabkan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, Rahmat Care menyeru kepada rakyat Malaysia agar mematuhi SOP-SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi kesejahteraan bersama.

Kita tentunya tidak mahu disekat semula perjalanan dan pergerakan untuk merentas negeri dan daerah. Marilah kita jaga kita!

Ustaz Mad China,
Presiden Rahmat Care.
5 Disember 2020. – HARAKAHDAILY 5/12/2020

- Advertisement -