Serangan keras terhadap PAS dari TMI, penganalisis

- Advertisement -

AGAK mengejutkan bila membaca laporan portal berita The Malaysian Insight hari ini bertajuk ‘PAS akan lakukan apa sahaja untuk berkuasa, kata penganalisis’ (‘PAS will do anything for power, say analysts’).

Amat berat juga tuduhan portal berita ini ke atas PAS dengan menggunakan nama ‘penganalisis’ ini, iaitu:

(1) PAS akan bersekutu dengan sesiapa sahaja (will work with anyone), akan bersetuju dengan apa sahaja (will agree to anything) dan akan melakukan apa sahaja (will do anything) bagi memastikan survival mereka dan bagi memastikan mereka tetap relevan.

(2) PAS menjaja agama untuk kepentingan sendiri (peddles religion to serve itself).

- Advertisement -

Tiga penganalisis yang dipetik oleh portal berita ini adalah Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya, Mohamad Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre dan Dr Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.

Kenyataan sebenar Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya adalah berbunyi:

(1) “PAS menggunakan nama Islam tetapi ia bukanlah parti Islam yang sebenar-benarnya.” (“PAS uses the name of Islam but it is not really an Islamic party”.)

(2) “PAS tiada arah tujuan, mereka mengamalkan politik pragmatik yang boleh disamakan dengan politik demi kepentingan diri.” (“They have no known direction, they practise politics of pragmatism which can be construed as selfish politics.”)

Kenyataan sebenar Mohamad Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre adalah berbunyi:

(1) “Pemimpin-pemimpin PAS sekarang telah menyimpang dari perjuangan. Mereka sekarang hanya berjuang untuk kuasa dan wang.” (“The current crop of PAS leaders has deviated from the struggle. They are now in it for power and money.”)

(2) “Ini bukanlah kepimpinan PAS dari masa Nik Aziz. Pemimpin-pemimpin PAS waktu itu alim dan mengamalkan kesederhanaan; sekarang mereka hanya mahu wang dan kuasa.” (“This is not the PAS leadership of Nik Aziz’s time. The PAS leaders then were pious and practiced austerity; now they just want money and power.”)

Kenyataan sebenar Dr Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura adalah berbunyi:

(1) “Tatkala PAS memaparkan imej yang lebih ekstremis dan radikal, ia sebenarnya akan menarik lebih ramai penyokong muda.” (“As PAS exudes a more extremist and radicalised image, it would actually attract more younger supporters.”)

(2) “PAS sedang merancang untuk jangka panjang dan bukan untuk memenangi angka-angka dalam beberapa pilihan raya akan datang. Mereka percaya jika agenda keagamaan mereka dibenarkan untuk berkembang, akhirnya seluruh negara akan mempunyai orientasi agama dalam pandangan sosio-politiknya, dan pada waktu itu tarikan teokratik PAS tidak akan boleh ditolak dan pilihan raya Sekular juga akan menjadi tidak perlu (“PAS is planning for the long-term and not on winning numbers in the next few elections. They believe that if their creeping religious zealotry agenda is allowed to spread, eventually the whole country would be religion-oriented in its socio-political outlook, by which time PAS’ theocratic appeal would be irresistible and even secular elections would become redundant.”)

Selaku penganalisis, saya tunggu reaksi dari ahli atau pimpinan PAS ke atas serangan ini.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 4/12/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -